suria

Speaker Tegur ADUN Guna Perkataan Kesat Dalam Perbahasan

PULAU PINANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain hari ini menegur sikap anggota Dewan yang menggunakan katakata kesat dalam perbahasan mereka.

Katanya perbahasan persidangan DUN disiarkan secara langsung menerusi siaran web ke merata tempat dan tingkah laku anggota dewan sedemikian memalukan imej wakil rakyat negeri ini.

"Penggunaan bahasa kasar ini amat memalukan dan ini dipaparkan secara langsung. Kalau kita semak hansard dewan, banyak perkataan kesat digunakan dan saya tak mahu ulangi lagi teguran ini," katanya pada persidangan DUN di sini dengan nada kecewa.

Beliau berkata kalau manamana pihak tidak boleh menerima katakata sedemikian, mereka juga tidak harus memulakannya dan beliau juga tidak akan teragakagak untuk bertindak mengarahkan wakil rakyat yang degil keluar dewan.

Beliau berkata demikian ketika meleraikan "kehangatan" perang mulut antara R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) dan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) apabila Rayer menyebut perkataan "kurang ajar" kepada Roslan.

Perang mulut bermula apabila Rayer meminta Roslan menarik balik perkataan "makan angin" yang diucapkannya semasa mempertikaikan lawatan ke luar negara oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim kerana tidak tahu berapa banyak pelaburan yang berjaya ditariknya ke Pulau Pinang hasil lawatan itu.

Roslan berkata ungkapan itu bukan datang daripada dirinya tetapi daripada anggota pakatan pembangkang sendiri.

Abdul Halim berkata ungkapan "makan angin" itu belum lagi menjadi tuduhan daripada Roslan.

"Kalau tidak boleh bertolak ansur, jangan kata apaapa. Tadi ada orang kata perompak, penyamun dan sekarang tak boleh terima pula katakata orang lain.

"Saya berharap Yang Berhormat tidak membuang masa dan terus kepada isu dan perbahasan," katanya.

Hari ini merupakan hari ketiga persidangan DUN berlangsung dan tujuh wakil rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada sebelah pagi. Sepanjang perbahasan itu, beberapa ADUN parti pakatan telah mengeluarkan katakata kesat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk menggunakan perkataan "perompak" dan "penyamun". BERNAMA

Artikel Lain