suria

Silibus 1Malaysia Diterapkan Dalam Kurikulum BTN

Oleh NORUTUL ILHAM PETALING JAYA: Kabinet telah bersetuju untuk membubarkan semula kurikulum kursus BTN supaya lebih insklusif dan tidak membelah-bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Ini adalah berikutan polemik dan isu berbangkit telah timbul akibat larangan Biro Tata Negara (BTN) di negeri Selangor dan bakal diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang.

Seperti yang sedia maklum, BTN telahpun mendapat pengiktirafan dari ISO 9001:2008.

Namun begitu, silibus baru ini dikatakan akan mula diperkenalkan untuk menyatukan semua kaum dan proses penyeragaman kursus BTN ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mengulas kembali kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu di Muar dipetik sebagai berkata, "bukan kita hendak tukar orang menjadi ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN)".

Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat dikonklusikan bahawa penyediaan kursus BTN bukan semata-mata membawa imej 'membasuh otak' yang telah dikeluarkan oleh pihak pembangkang tetapi memberi penekanan dari sudut pembangunan insan dan kredibiliti.

Amalan terhadap 'ceramah terbabas' dalam pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) juga dikatakan sebagai salah satu punca mengapa program BTN mula ditolak generasi pelapis penjawat awam kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, insiden terbabit sekaligus mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peserta kerana mereka dipaksa menerima sepenuhnya tanpa sebarang pandangan dan ruang perbahasan.

"Sepatutnya penceramah tidak terkeluar dari tajuk ceramah berdasarkan modul asal supaya objektif dan misi sebenar dapat dilaksanakan dengan berkesan," kata Omar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang yang menyusuli langkah kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya termasuk institusi pengajian, dan anak syarikat mengikuti BTN.

Omar yang juga pernah menjadi penceramah program BTN berkata, modul sedia ada perlu dirombak dan dan cara penyampaian perlu lebih segar agar selari dengan matlamat Gagasan 1Malaysia.

Seementara itu, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, "sememangnya kursus BTN yang sekian lama diadakan adalah untuk memperkasakan bangsa Melayu supaya dapat menjadi bangsa yang unggul di samping dapat membentuk hala tuju sekaligus memberikan manfaat kepada negara".

"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri semestinya disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat yang merupakan satu aspirasi menterjemahkan dalam bentuk visi dan misi" ujarnya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Penelitian semula kursus BTN perlu dilihat secara objektif berdasarkan pecahan modul di mana ianya berkaitan dengan pengurusan integriti, akauntabiliti, moral dan etika serta pembangunan diri dan kumpulan selain menyentuh mengenai jasmani dan kesihatan.

Artikel Lain