Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Letupan Di Restoran - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Letupan Di Restoran

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua lelaki berhubung kejadian letupan di sebuah restoran di Jalan Pandan 1, Stulang Darat di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kedua-dua lelaki berumur 32 dan 44 itu ditahan malam tadi di sekitar bandar raya ini.

"Saya tidak boleh memberi butiran lanjut mengenai mereka kerana kes ini sedang disiasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata letupan itu tidak kena mengena dengan perbuatan ekstrem tetapi akibat persaingan perniagaan, yang dipercayai cuba menyekat restoran itu daripada dibuka Sabtu ini.

Kejadian di restoran yang 80 peratus siap diubah suai itu berlaku pada 2.30 pagi. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eurocopter-MAHB Bangun Pusat Helikopter

Artikel Berkaitan

Artikel Lain