suria

Bayi Perempuan 4 Bulan Mati Dipukul Bapa Sendiri

KLANG: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri yang ketika itu sedang bertengkar dengan ibunya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 4 pagi di bilik sewa pasangan itu di Taman Bayu Perdana.

Bayi perempuan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah oleh ambulans tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba.

Adalah difahamkan bayi tersebut telah dipukul sehingga mendatangkan kecederaan ke atas muka dan badannya.

Bapa kepada bayi tersebut telah meninggalkan kediaman mereka sejurus selepas itu dan tidak pulang ke rumah sehingga sekarang.

Pihak polis menyifatkan kes tersebut sebagai kes bunuh dan kini sedang mencari seorang penganggur berusia 32 tahun untuk membantu siasatan.

Artikel Lain