Azhar Digantung Sejam Dari Persidangan DUN P.Pinang - Semasa | mStar

Azhar Digantung Sejam Dari Persidangan DUN P.Pinang

PULAU PINANG: Kesemua 11 Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional bertindak keluar dewan hari ini kerana membantah keputusan Timbalan Speaker Tan Hock Leong menggantung ketua mereka Datuk Azhar Ibrahim selama sejam kerana enggan menarik balik istilah 'dua tiga kerat' ketika membahaskan Bajet 2010.

Azhar, yang juga ADUN Penaga, ketika menggunakan perkataan itu, berkata nasib serta kebajikan masyarakat Melayu di Pulau Pinang kini hanya dibela oleh 11 wakil rakyat Umno yang menang dalam pilihan raya umum ke-13.

"Tapi dua tiga kerat ini (sambil menunjukkan tangan ke arah barisan kerajaan pimpinan DAP) buat apa?," katanya.

Ini mendorong Tan mengarahkan Azhar menarik balik istilah 'dua tiga kerat' itu dan memberi amaran akan menggantungnya selama satu dari 4 petang sekiranya enggan berbuat demikian.

Azhar bertegas enggan menarik balik katakatanya itu dan bertindak keluar dewan dengan diikuti 10 ADUN BN yang lain.

Ketika ditemui di luar Dewan, Azhar menganggap tindakan Tan menggantungnya selama sejam sebagai tidak adil dan dilakukan kerana tidak tahan dengan kritikan beliau.

"Beliau sengaja menggantung saya kerana tidak mahu saya meneruskan perbahasan kerana mengkritik kepimpinan negeri yang tidak tahu menguruskan negeri dengan betul.

"Saya rasa beliau tidak faham dengan ayat tiga kerat. Ayat itu biasa saja, bukannya memberi kesan apaapa pun, malah dalam perbualan kita seharian ia digunakan secara meluas," katanya.

Azhar turut membidas kerana tiada sebarang tindakan diambil terhadap ADUN penyokong kerajaan yang menggunakan perkataan seperti "penyamun, perompak dan kurang ajar".

"Kenapa kami saja dikenaka tindakan, wakil rakyat mereka tiada apaapa pun. Sebab itu, saya cakap tindakan beliau (Tan) adalah tidak adil," katanya.

Sebelum itu, dalam perbahasannya, Azhar berkata akibat terlalu mengikut peraturan dan perundangan kerajaan negeri lupa untuk berperikemanusiaan dan berlaku adil kepada rakyat khususnya dalam soal pembangunan, dan menyebut, sebagai contoh, permohonan menukar syarat guna tanah tidak diberi perhatian dan pertimbangan kerajaan negeri.

"Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) telah mengemukakan permohonan dari 12 Februari 2008, kertas permohonan disimpan dan diperam.

"Berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim sudah empat kali tetapi masih tiada jawapan, kemudian timbul pula syarat baru," katanya.

Azhar berkata petukaran syarat guna tanah di kawasan Teluk Bahang dan Teluk Kumbar bertujuan membangunkan kawasan berkenaan bagi menaik taraf kehidupan masyarakat setempat.

"Kawasan-kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan rumahrumah kos rendah dan kos sederhana, rumahrumah mampu milik, jadi ini secara tidak langsung dapat menaik taraf hidup masyarakat," katanya.

Azhar berkata pembangunan di Sungai Batu, Teluk Kumbar melibatkan 56 unit kos rendah dan 81 unit kos sederhana, kerajaan negeri yang bersetuju pada prinsipnya telah menetapkan sebanyak 210 unit rumah kos sederhana.

"Dalam garis panduan menetapkan hanya 30 peratus sahaja tetapi apabila Perda hendak buat ditetapkan sampai 49 peratus, kalau macam ini pemaju pun boleh lari," katanya.

Azhar turut menegur cara kerajaan negeri mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan hanya dengan bermodalkan makanan popular negeri itu.

"Carilah produkproduk pelancongan yang baru bukan hanya kenalkan makanan sahaja, bukan semua pelancong yang datang ke sini hendak makan.

"Buatlah sesuatu di Bukit Bendera, jadi pelancong yang datang tidak kira dari luar atau tempatan akan ke sana, maka popularlah tempat itu," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain