Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' Tidak Sesuai Bagi P.Pinang - Semasa | mStar

Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' Tidak Sesuai Bagi P.Pinang

PULAU PINANG: Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' tidak sesuai digunakan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu termasuk Ketua Menterinya Lim Guan Eng mempamerkan perilaku yang bertentangan dengan slogan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan dari Barisan Nasional (BN) Shabudin Yahaya mendesak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggunakan slogan itu.

"Lim tidak mencerminkan satu kelakuan yang bermoral apabila beliau membenarkan delegasi DAP di Perak untuk memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Pembangkang...tindakan itu tidak beretika, tidak berbudaya dan seperti orang tidak beradat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perbuatan Ketua Menteri itu bukan sesuatu yang patut dicontohi rakyat dan tidak sepatutnya seorang pemimpin yang dipilih rakyat berbuat demikian, tegasnya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri, Shabudin telah meminta kerajaan negeri menarik balik slogan tersebut dan tidak menggunakannya lagi di masa hadapan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain