Seorang Lelaki Penagih Dadah Ditahan, Dua Rakan Bebas - Semasa | mStar

Seorang Lelaki Penagih Dadah Ditahan, Dua Rakan Bebas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan, dipercayai penagih dadah, cedera ditembak manakala dua rakannya melarikan diri dalam satu kejadian berbalas tembakan di Jalan Kuching berhampiran Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian pukul 11 pagi itu, dua anggota polis sedang membuat rondaan cuba menahan sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.

"Kereta yang sedang berhenti itu dinaiki dua lelaki manakala terdapat seorang lagi lelaki berada di luar kenderaan itu. Bagaimanapun ketika polis menghampiri mereka, kesemua mereka terus melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata ketika kejadian, empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kebetulan sedang menjalankan tugas Ops Sapu di kawasan itu berjaya menahan kereta suspek.

Namun suspek enggan berhenti dan sebaliknya cuba melanggar motosikal anggota PGA berkenaan yang kemudian berjaya menyelamatkan diri dengan melompat daripada motosikal itu, katanya.

Beliau berkata seorang suspek, yang berada di sebelah pemandu, tiba-tiba melepaskan satu tembakan ke arah kereta polis dan polis kemudian membalas empat das tembakan ke arah kereta suspek bagi mempertahankan diri.

"Polis kemudian menghampiri kereta suspek yang berhenti di tengah-tengah jalan di Jalan Kuching sebelum simpang masuk ke Pasar Borong. Penumpang sebelah kiri kereta suspek melarikan diri ke arah Maybank Pusat Bandar Utara.

"Pemandu kenderaan itu masih berada di dalam kereta dan kemudian ditangkap lalu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana cedera di badan akibat terkena tembakan untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Ku berkata hasil siasatan awal ke atas suspek pertama yang cedera dan berumur 30 tahun dari Kelantan itu, mendapati suspek pergi ke Pasar Borong dari Rawang untuk membeli dadah jenis 'ais' daripada seorang lelaki warganegara Myanmar yang dikenali dengan nama 'Pendek'.

Beliau berkata menurut suspek, semasa polis cuba menahan mereka, lelaki Myanmar itu mengacukan pistol ke arahnya dan menyuruhnya memecut kereta untuk melarikan diri.

Katanya lelaki Myanmar yang mempunyai senjata api itu adalah pengedar dadah di situ dan membawa bersama dadah di dalam dua beg kecil yang turut ditemui di dalam kereta itu.

Ku berkata usaha memburu dan mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini