suria

Restoran Diletupkan Dengan IED

PONTIAN: Alat letupan yang memusnahkan sebuah bangunan restoran yang sedang dibina di Jalan Pandan 1, Stulang awal semalam bukan C4 atau bom tangan sebagaimana dilaporkan oleh media tertentu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata ia alat letupan buatan sendiri terdiri daripada bahanbahan bunga api.

"Ini laporan awal diberikan kepada saya oleh unit forensik dan kami masih menunggu laporan konklusif dari Jabatan Kimia," katanya mengulas perkembangan kes itu pada perasmian Loji Janakuasa Tanjung Bin di sini.

Mokhtar juga berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa suspek dan akan membuat tangkapan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan letupan itu tidak kena mengena dengan perbuatan ekstrim tetapi akibat persaingan perniagaan.

Polis percaya mereka yang terlibat cuba menyekat restoran itu daripada dibuka untuk perniagaan yang mengikut jadual pada 5 Disember. Tidak ada kecederaan dalam letupan itu, berlaku kira-kira 2.30 pagi, kata timbalan ketua polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. BERNAMA

Artikel Lain