suria

Polis Buru 10 Lelaki Tempatan Rogol Wanita Asing

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu 10 lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian merogol secara bergilir-gilir seorang wanita warga asing di Taman Tun Teja, Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis sedang mendapatkan keterangan dan maklumat daripada saksi di kawasan wanita itu dirogol.

Katanya wanita warga asing itu, yang berumur 28 tahun dan baru tiba di negara ini, telah dijanjikan kerja sebagai pembantu rumah oleh seorang daripada 10 lelaki berkenaan.

Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah di Taman Tun Teja dan dikurung sebelum, sembilan lelaki lain datang dalam keadaan mabuk dan merogolnya, kata Abdul Rahim.

Beliau berkata wanita itu melepaskan diri pada 5 pagi tadi dengan bantuan seorang daripada suspek.

"Dia kemudian dibawa ke balai polis oleh orang ramai yang berjumpanya di tepi jalan dalam keadaan tidak tentu arah, dan polis telah membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selepas mengambil keterangan," kata Abdul Rahim. BERNAMA

Artikel Lain