suria

Peperiksaan Berdasarkan Sekolah Vernakular Bagi Mengukur Pencapaian Pelajar

KLANG: Sekolah-sekolah dicadang menjalankan peperiksaan vernakularnya sendiri apabila pelajar dihadkan hanya mengambil 10 subjek pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

Ketua pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata cadangan itu membolehkan guruguru menilai kemampuan pelajar berkenaan dan mengeluarkan sijil berdasarkan kepada kecekapan mereka dalam bahasa ibundanya.

Pembelajaran merupakan satu proses yang sentiasa dijalankan setelah menamatkan persekolahan mereka," katanya kepada pemberita setelah menutup Seminar Mengenai Disiplin Sekolah dekat sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan baru-baru ini bahawa calon SPM akan hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 subjek mulai tahun depan dan selaras dengan keputusan ini, sistem pengredan akan juga diubah.

Keputusan ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat India kerana pelajar terutamanya mereka dalam aliran Sains, tidak dapat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Tamil, yang menjadikannya subjek kesebelas.

Alimuddin berkata majoriti institusi pengajian tinggi awam dan swasta berpendapat 10 subjek merupakan jumlah mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan untuk pelajar melanjutkan pengajiannya dalam bidang yang mereka kehendaki. "Saya rasakan keputusan untuk mengehadkan bilangan subjek bagi seseorang pelajar SPM itu tidak akan menghalang pelajar daripada melanjutkan pelajaran dalam bidang kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kes disiplin di kalangan pelajar sekolah tidak membimbangkan dan hanya membabitkan kes seperti datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah dan membuli.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata jumlah pelajar yang terbabit dengan kes disiplin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah kirakira 1.26 peratus, iaitu penurunan 0.01 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, 1.27 peratus.

Antara kes disiplin yang sering dilakukan dalam tempoh itu ialah kurang sopan (0.24 peratus), berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) and ponteng sekolah (0.22 peratus). BERNAMA

Artikel Lain