suria

Najib Selamat Pulang Dari Luar Negara

SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak selamat pulang ke tanah air malam ini selepas melakukan lawatan kerja ke New York dan Trinidad and Tobago sejak minggu lepas.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.40 malam, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa di New York, Najib mengadakan pertemuan dengan tokohtokoh perniagaan dan kewangan terkemuka termasuk Presiden Forbes Inc, Steve Forbes, selain mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Kimoon.

Dari New York, Perdana Menteri berlepas ke Trinidad and Tobago untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang berakhir pada Ahad. BERNAMA

Artikel Lain