suria

Muhyiddin Saksikan Pementasan Teater Natrah Di Istana Budaya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kanan) bersalaman dengan para pelakon Teater Muzikal Natrah (dari kiri) Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak serta pengarahnya Erma Fatima sewaktu hadir menyaksikan pementasan perdana teater tersebut di Istana Budaya di sini, malam tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang (kanan). Teater Natrah arahan Erma Fatima, dipentaskan mulai hari ini hingga 9 Disember.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menyaksikan pementasan perdana teater "Natrah" arahan pengarah terkenal Erma Fatima di Istana Budaya di sini.

Turut hadir menyaksikan ialah isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun.

Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu.

Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.

Pementasan teater, yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangi oleh Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi. BERNAMA

Artikel Lain