suria

Mangsa Banjir Di Perak Kekal 90 Orang

IPOH: Mangsa banjir di daerah Kerian sehingga pukul 6 petang ini masih kekal seperti semalam iaitu 90 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian berkata kesemua mangsa banjir yang membabitkan 33 keluarga dari Kampung Matang Kerbau itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Beliau berkata paras air di kampung terbabit masih belum surut dan mereka dipindahkan sejak lebih dua minggu lalu berikutan hujan lebat serta limpahan kolam Tasek Bukit Merah dan Sungai Beriah. BERNAMA

Artikel Lain