suria

Mohd Salleh Man Angkat Sumpah Sebagai Adun Permatang Pasir

PULAU PINANG: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Mohd Salleh, yang memenangi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Ogos lalu, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain sebelum persidangan DUN bermula pagi ini.

Sebaik selesai mengangkat sumpah itu, beliau yang berbaju Melayu hitam, menandatangani surat pelantikannya sebagai wakil rakyat.

Pada pilihan raya kecil itu, beliau mengalahkan Rohaizat Othman daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi setelah mendapat 9,618 undi dan ini merupakan kemenangan pertamanya selepas tewas pada enam siri pilihan raya umum sebelum ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS akibat sakit jantung kepada 31 Julai lalu. BERNAMA

Artikel Lain