Exco Setuju Bertanggungjawab Tindakan Ubah Status Laporan Tanah Runtuh - Khalid - Semasa | mStar

Exco Setuju Bertanggungjawab Tindakan Ubah Status Laporan Tanah Runtuh - Khalid

SHAH ALAM: Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mesyuarat Exco pada 18 November lepas, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen itu kerana ia menyentuh mengenai isu tanah yang di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata pegawai lain dalam kerajaan negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan itu dan dengan yang demikian, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Maka dalam hal ini, kerajaan negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang-undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," katanya.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam kerajaan pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apaapa laporan kepada orang ramai.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata pihak perundangan kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen berkenaan sekiranya kerajaan pusat tidak memberi maklum balas terhadap permohonan kerajaan negeri itu.

Kerajaan negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet kerajaan pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan itu kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan, katanya.

Laporan yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada September lepas dan hanya pada November ini kerajaan negeri dimaklumkan mengenai laporan itu, kata Menteri Besar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Kuala Pilah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini