Banduan Jalani Hukuman Penjara Terselamat Dari Tali Gantung - Semasa | mStar

Banduan Jalani Hukuman Penjara Terselamat Dari Tali Gantung

SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki kanabis bernasib baik kerana terlepas dari tali gantung atas kesalahan kedua memiliki kanabis.

Tertuduh, S.Rajendran Sevathikannu sebaliknya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana kesalahan memiliki kanabis seberat 533.41 gram, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan Rajendran, 41, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian, 9 Jan 2006.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di rumahnya di No GG29, Apartment Teratai, Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kira-kira pukul 11.30 malam.

Dia dihukum mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Sebelum ini, Rajendran mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu memiliki kanabis mengikut Seksyen 6 Akta yang sama.

Pada 30 Julai 2007, Rajendran dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 170 gram pada hari yang sama (9 Januari 2006).

Tertuduh yang telah selesai menjalani hukuman sebat didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran rumahnya.

Terdahulu, peguam Adam B.H.Yap yang mewakili Rajendran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira bahawa anak guamnya telah pun dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan juga atas kesalahan memiliki kanabis.

Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin yang mewakili pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain