suria

Kanak-Kanak Perempuan Mati Akibat Didera

KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis semalam memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.

Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Artikel Lain