suria

Musa Ajak Umat Islam Tolak Pengaruh Barat Yang Negatif

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta umat Islam di negeri itu supaya menjauhi daripada pengaruh kehidupan Barat yang lebih banyak membawa kerosakan dan kemusnahan.

Sebaliknya, katanya, umat Islam perlu mengorbankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi dan mengamalkan kehidupan yang sederhana dan mengelak pembaziran.

"Pendekatan ini bukan sahaja dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa dan harmoni malah lebih penting daripada itu, umat Islam akan memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan Masjid Bandaraya, di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran. BERNAMA

Artikel Lain