suria

Mayat Hampir Reput Ditemui Di Kawasan Rumah Tinggal

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di sebuah rumah kosong di Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir dekat sini petang semalam.

Mayat Mohd Fauzi Mamat, 36, yang bekerja sebagai nelayan, dijumpai pemilik rumah berkenaan yang datang untuk membaiki rumahnya yang sudah lama ditinggalkan.

Ibu mangsa Anum Salleh, 52, ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata anaknya itu sudah lima hari tidak pulang selepas keluar dengan motosikal.

Sementara itu, pemilik rumah, Marzuki Mansor, 35, berkata beliau bersama seorang rakan terkejut sebaik melihat mayat di perkarangan rumah berkenaan sejurus tiba di situ, dan terus memaklumkan penemuan mayat lelaki berasal dari Kampung Baru Seberang Takir itu kepada orang kampung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu DSP Harry Chung mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain