suria

Banjir Di Terengganu Semakin Pulih

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu kini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, setakat malam tadi, seramai 345 orang dari dua daerah iaitu di Kuala Terengganu dan Marang masih berada di pusatpusat pemindahan.

"Di Kuala Terengganu masih terdapat 331 mangsa banjir di empat pusat pemindahan manakala di Marang jumlahnya berkurangan kepada 14 orang," katanya kepada Bernama. Katanya semua mangsa banjir di Dungun iaitu seramai 346 pulang telah pulang ke rumah masing-masing pukul 3 petang tadi manakala banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya petang kelmarin.

Kebanyakan mangsa banjir yang beragama Islam, menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana di pusatpusat pemindahan berkenaan.

Katanya, kebanyakan mangsa banjir berkemungkinan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini, jika keadaan cuaca cerah tanpa hujan berterusan.

Bacaan paras sungai di seluruh negeri juga sudah kembali ke tahap normal sejak kelmarin. BERNAMA

Artikel Lain