Permintaan Pas Kelantan Dapatkan Royalti Diragui - Semasa | mStar

Permintaan Pas Kelantan Dapatkan Royalti Diragui

KUALA KRAI: Matlamat kerajaan pusat membantu rakyat Kelantan secara sama rata melalui pemberian wang ihsan akan gagal sekiranya disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebagai royalti, kata Naib Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Beliau berkata ini kerana kesungguhan pemimpin PAS untuk mendapat royalti dan bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah "ada udang di sebalik batu".

"Saya harap kerajaan pusat tidak menerima permintaan itu kerana sekiranya wang itu diberi terus kepada kerajaan negeri, matlamat untuk bantu rakyat negeri ini tidak akan tercapai," katanya ketika diminta mengulas cadangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa ke mahkamah berhubung isu royalti minyak itu.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PPP Kelantan mendakwa sebelum ini banyak eset kerajaan dijual tanpa pengetahuan rakyat bagi menampung kos pengurusan yang tinggi.

Minggu lepas, Ketua Umno bahagian Kota Baharu Datuk Fatmi Mohd Salleh mendakwa antara eset kerajaan yang "dijual" termasuk Hotel Perdana, Tanah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Kampung Putih, Kota Baharu Trade Centre, Bangunan Arkib MPKB dan sebelum ini Bangunan Permodalan Kelantan Berhad.

Katanya penjualan eset kerajaan secara berkala untuk menampung kos pengurusan yang tinggi dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri termasuk penyelewengan projek depu dan projek kambing Jamnapari. BERNAMA

Artikel Sebelum

Perkhimatan KTMB Wilayah Timur Disambung Semula

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain