Larangan Sertai Kursus BTN Sekat Kebebasan Pelajar - GPMS - Semasa | mStar

Larangan Sertai Kursus BTN Sekat Kebebasan Pelajar - GPMS

SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi, kata Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh.

Beliau berkata kerajaan Selangor yang kononnya menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain.

"Jangan heret mereka ke kancah politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran pengumuman mengenai larangan itu yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali semalam.

Selain pelajar, penjawat awam negeri dan kakitangan anakanak syarikat negeri juga tidak dibenarkan menyertai program BTN berkuatkuasa serta-merta dengan alasan kononnya ia satu saluran doktrinasi politik Barisan Nasional.

"Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasardasar kerajaan. Adakah pelajarpelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan?" kata Mohd Faizal. Katanya beliau pernah mengikuti kursus BTN dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik.

"Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik," kata Mohd Faizal.

Para pelajar adalah pewaris kepada kepimpinan negara dan kerana kerajaan BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain