suria

Dua Warga Afrika Dipenjara Atas Kesalahan Imigresen

KUALA LUMPUR: Kerana tinggal lebih masa di Malaysia seorang warga Nigeria dihukum 17 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen khas untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Semenyih, Selangor, semalam. Omezi Ndubuisi Emmanul dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah atas kesalahan tinggal lebih masa di bawah seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Hakim Zulhelmy Hasan memerintahkan hukuman ke atasnya bermula dari tarikh tangkapan.

Di mahkamah yang sama, seorang warga Ghana, Muhammed Yasiya dijatuhi hukuman enam bulan penjara atau denda RM5,000 dan tiga sebatan kerana kesalahan memasuki Malaysia tanpa pas yang sah.

Dia didakwa di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Keduadua tertuduh ditangkap dalam satu Operasi Serkap di sebuah premis beralamat 1E Jalan Pandan Indah 123b, Pandan Indah Kuala Lumpur, pada 12 Ogos lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Mohd Sufian Omar memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa keduadua warga Afrika itu masih disiasat kerana disyaki terlibat melakukan pemalsuan cop keselamatan pasport. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain