suria

Teo Cadang Belia 21 Tahun Didaftar Pengundi Secara Automatik

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini mencadangkan supaya warga negara yang telah mencapai umur 21 tahun didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.

Anggota Parlimen DAP itu berkata sistem pendaftaran pemilih automatik ini telah diamalkan di Jerman, Finland, Denmark, Norway dan Taiwan dan berjaya mengurangkan jumlah belia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Khamis lepas memberitahu Dewan Rakyat dalam satu jawapan bertulis bahawa sehingga 20 Oktober lepas, seramai 4,300,542 orang belia telah mencapai umur 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. "Ini adalah satu angka yang besar," kata Teo pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Beliau berkata sekiranya Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mempunyai tarikh kelahiran dan alamat kesemua warga Malaysia, maka proses pendaftaran secara automatik boleh lakukan tanpa sebarang masalah.

Teoh berkata cara itu dapat menjimatkan wang, tenaga dan masa. BERNAMA

Artikel Lain