suria

Keadaan Banjir Di Terengganu Makin Pulih, Kelantan Tidak Berubah

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu pada keseluruhannya semakin pulih kecuali di Dungun, manakala di Kelantan keadaan tidak banyak berubah.

Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Nyior yang dinaiki air sedalam 0.3 meter tengah hari ini masih ditutup kepada kenderaan ringan, manakala Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pula ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana Jambatan Tepoh ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

Di KUALA TERENGGANU, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata keadaan banjir di Dungun bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan terus meningkat kepada 3,345 orang.

Manakala keadaan banjir di Besut dan Setiu hampir pulih, dan daerah-daerah lain masih bertahan sehingga pukul 8 malam tadi, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Besut kini hanya tinggal 17 orang, sementara di Setiu 51 orang, dan menjangka kesemua mangsa di keduadua daerah itu akan pulang ke rumah masingmasing sama ada lewat malam ini atau esok.

Keadaan di beberapa daerah lain pula tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Terengganu kini seramai 492 orang, Hulu Terengganu (325), Marang (1,558) dan Kemaman (718).

Beliau berkata selain itu, lima jalan negeri ditutup di Hulu Terengganu, Marang (lapan), Kuala Terengganu, Setiu dan Dungun, masingmasing (tiga), Besut (empat) dan Kemaman (lima).

Paras air di semua sungai utama mulai turun ke tahap waspada, kecuali sungai Nerus masih berada pada paras bahaya.

Bacaan parasa air sungai setakat pukul 8 malam di Kampung Langkap ialah 21.90 (bahaya 21.50 meter), Pengkalan Merbau 16.76 meter (bahaya 16.50 meter) dan Kampung Bukit 13.97 meter (bahaya 12 meter).

Sementara itu, keadaan cuaca di Terengganu semakin baik dan hujan lebat telah berhenti sejak pagi semalam.

Di KOTA BAHARU, seramai 3,512 orang mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 3,652 orang petang tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri berkata jumlah itu membabitkan 937 keluarga dari enam jajahan dengan jajahan Pasir Mas masih mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu 1,957 orang.

Seramai 760 orang ditempatkan di pusat pemindahan di Tumpat, Kuala Krai (420 orang), Tanah Merah (197 orang), Kota Baharu (116 orang) dan Machang (62 orang), katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahap air di empat sungai utama di Kelantan telah menunjukkan penurunan berbanding petang tadi, dan sehingga malam ini hanya tiga sungai yang melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Jeti Kastam dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard.

"Sungai Galas berada pada paras berjagajaga manakala Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai berada pada paras amaran," katanya.

Beliau berkata 12 jalan membabitkan lima jajahan masih ditutup kepada semua kenderaan.

Jalanjalan itu ialah jalan Kota BaharuPantai Cahaya Bulan kilometer empat, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Pasir Mas, Jalan Tanah Merah-Kusial di Tanah Merah, Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat dan di Machang iaitu Jalan Machang-Pangkal MeleretWakaf Bata. BERNAMA

Artikel Lain