suria

Murugiah Beri Masa Dua Minggu Pada ROS

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah memberi tempoh masa dua minggu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjawab surat rayuan beliau berhubung kesahihan pemecatannya daripada Parti Progresif Penduduk, dan jika ROS tidak berbuat demikian, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah.

"Saya ada hak untuk mengambil tindakan mencabar keputusan ROS bagi membersihkan nama saya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Isu sama ada Murugiah adalah Presiden PPP timbul apabila satu Mesyuarat Agung Luar Biasa memilih beliau ke jawatan itu tetapi mesyuarat itu kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah.

Murugiah mendakwa bahawa Presiden PPP Datuk M.Kayveas, yang juga seorang peguam, tidak layak memegang jawatan presiden PPP kerana beliau pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam pada 2005 kerana menyalahgunakan wang anak guamnya.

"Jika mengikut perlembagaan, sesiapa yang didenda melebihi RM1,800 di bawah manamana undangundang, tidak boleh memegang sebarang jawatan termasuk presiden parti politik," katanya. BERNAMA

Artikel Lain