suria

Hujan Lebat Dijangka Sehingga Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 65 kmsj dijangka berlaku sehingga hari kedua sambutan Aidiladha pada Sabtu ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Ketua Penolong Ketua Pengarah Pusat Ramalan Kaji Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia Amirzudi Hashim berkata keadaan itu menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jabatan Metereologi mengesan tiupan angin berkenaan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu serta Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah, dengan arah dan kelajuan angin 40 sehingga 50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter sehingga Rabu.

Ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pantai Barat Sabah pula dijangka berterusan hingga petang ini. BERNAMA

Artikel Lain