suria

Wanita Ditemui Mati Selepas Bergaduh Dengan Teman Lelaki

JOHOR BAHARU: Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan, kepala dan punggung di rumahnya di Taman Kota Masai, semalam.

Mayat Diana Saudi, 24, ditemui oleh jirannya pada kira-kira pukul 2 petang, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainudin.

"Jiran wanita itu memberitahu polis bahawa mangsa dan teman lelakinya bergaduh pada malam sebelum mayat wanita itu ditemui," katanya.

Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain