Kubur Teoh Digali Hari Ini, Bedah Siasat Esok - Semasa | mStar

Kubur Teoh Digali Hari Ini, Bedah Siasat Esok

KUALA LUMPUR: Usaha untuk menggali semula kubur Teoh Beng Hock, setiausaha politik Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hain Wah, berjalan lancar di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor dekat sini hari ini.

Kubur Teoh mula digali dalam satu upacara di tanah perkuburan itu mulai 9.15 pagi.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata upacara menggali kubur mendiang dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

"Pihak kawasan ini (Taman Peringatan Nirvana), ahli patologi dan pasukan polis juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita dalam usaha mengeluarkan keranda Teoh," katanya kepada pemberita di tanah perkuburan itu.

Gobind berkata pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, yang dijemput kerajaan negeri Selangor dan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor mengetuai upacara menggali kubur itu.

Selain itu, abang mendiang Teoh Meng Kee dan adiknya Teoh Lee Lan hadir bagi membuat pengcaman mayat, katanya.

Gobind berkata mayat mendiang Teoh akan dibedah siasat buat kali kedua di Hospital Sungai Buloh esok.

"Kita berharap bedah siasat itu akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya petang esok juga," katanya.

Tinjauan Bernama di tanah perkuburan itu mendapati proses menggali kubur mendiang Teoh dilakukan di sebalik kain penghadang besar berwarna putih yang dipasang di sekeliling kuburnya.

Keranda mendiang dibawa keluar dari tanah perkuburan itu kira-kira tiga jam kemudian, selepas satu upacara sembahyang diadakan.

Sementara itu, kira-kira 50 orang anggota keluarga serta rakan mendiang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor, Ronnie Liu turut menghadiri upacara itu.

Bagaimanapun Meng Kee dan Lee Lan enggan ditemubual pemberita.

Teoh, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Ekoran ketidakpuasan hati terhadap punca kematian Teoh, mayat Teoh dibenarkan untuk digali semula atas permintaan keluarganya bagi menjalankan bedah siasat kedua. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Cadang Formula Selesai Krisis MCA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain