PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan - Semasa | mStar

PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA

Artikel Sebelum

Percikan Darah Sampai Ke Siling, Saksi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.