Keadaan Banjir Di Perak Dan Kedah Semakin Pulih - Semasa | mStar

Keadaan Banjir Di Perak Dan Kedah Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Perak dan Kedah dilaporkan semakin pulih dengan bilangan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan menjelang lewat petang ini.

Bilangan mangsa banjir di dearah Kerian menurun kepada 898 orang berbanding 989 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Daerah Kerian berkata, 91 mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Katanya kampung-kampung yang masih dilanda banjir ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Matang Pasir, Kampung Parit Ayer Hitam, Parit Simpang Empat, Kampung Matang Merbau dan Kampung Parit Abu Hasan.

Kampung-kampung berkenaan dinaiki air lebih satu meter akibat limpahan empangan Kolah Bukit Merah serta Sungai Beriah berikutan hujan berterusan sejak sembilan hari lalu.

Jalan Bagan Serai-Selama di km 10 hingga km 17 telah dibuka kepada semua kenderaan sejak tengah hari tadi, katanya.

Di KEDAH, keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri itu juga dilaporkan semakin pulih apabila hanya 239 orang dari 58 keluarga di daerah Bandar Baharu yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata hanya daerah itu yang masih dilanda banjir manakala 88 mangsa dari daerah Kota Setar telah pun dibenarkan pulang dan semua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup petang tadi.

Di PAHANG, hujan berterusan sejak semalam di Kuantan menyebabkan 24 orang dari tiga keluarga di Kampung Sungai Ular dipindahkan selepas rumah mereka dimasuki air.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata kejadian kira-kira 2 petang tadi itu menyebabkan kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi empat meter.

"Mereka telah dipindahkan ke surau Projek Perumahan Rakyat Termiskin Kampung Darat kira-kira 3 petang tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Pahang dalam kenyataannya berkata air pasang pada ketinggian 3.4 meter akan berlaku pada pukul 11.45 malam ini dan dijangka akan menyebabkan banjir di pesisir pantai Kuantan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain