Sidang DUN Kedah Ditangguh Kerana Pendingin Hawa Rosak - Semasa | mStar

Sidang DUN Kedah Ditangguh Kerana Pendingin Hawa Rosak

ALOR SETAR: Persidangan hari ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini ditangguh ke Ahad ini berikutan pendingin hawa dalam dewan mengalami kerosakan dan menyebabkan keadaan panas serta kurang selesa.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 November)," katanya.

Sesi persidangan hari ini merupakan hari terakhir diperuntukkan bagi perbahasan usul terima kasih atas titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan sidang Dewan dengan sesi penggulungan dijadualkan pada petangnya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Enggan Minta Maaf, Azhar Digantung Lagi

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain