KLANG: Pemimpin dan anggota Umno perlu memainkan peranan mereka dengan sentiasa menjadi juara dalam membantu dan membela nasib rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.Mereka perlu proaktif dalam membantu menyelesaikan masalah dan membina kehidupan rakyat daripada semua aspek, katanya. "Juara rakyat, gagasan 1Malaysia menjadi landasan perjuangan kita untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat, untuk membela rakyat kerana tradisi kita membela rakyat dan rakyat kita dahulukan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) Umno Bahagian Kapar di sini malam tadi. Oleh itu, katanya semua bahagian Umno perlu memberi sokongan kepada programprogram yang menjuarai rakyat seperti SUBUR dan mencontohi Umno Bahagian Kapar yang mengadakan pelbagai aktiviti bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan SUBUR.Katanya para pemimpin Umno dari setiap sayap perlu turun padang mendekati rakyat semasa kendurikendara, menziarahi mereka yang sakit, ditimpa malapetaka dan meninggal dunia.Beliau berkata mereka perlu mendekati semua kaum dan bukan hanya orang Melayu sahaja kerana Umno merupakan tunjang komponen Barisan Nasional (BN).Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Abdul Rahman Palil mahu ketua kampung di bahagian itu memastikan tiada golongan miskin atau miskin tegar yang tercicir daripada senarai penerima baucar beras di bawah skim SUBUR.Di bawah skim SUBUR, mereka yang berpendapatan bulanan RM1,000 ke bawah di luar bandar dan RM1,500 ke bawah di bandar layak menerima baucar beras bernilai di antara RM10 dan RM24, di mana jumlah baucar yang diberikan kepada setiap keluarga sebulan bergantung kepada jumlah tanggungan.Bagi miskin tegar mereka akan diberi baucar RM24 sebulan di mana mereka boleh menukarkan baucar itu untuk mendapatkan 10 kg beras terutamanya Beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) secara percuma bagi setiap baucar manakala golongan miskin menerima baucar RM10 bagi membeli beras ST15 di mana mereka perlu menambah RM14 bagi membeli beras ST15 yang berharga RM24 bagi pek 10kg.Pada majlis itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan surat pelantikan ketua dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi Parlimen Kapar. BERNAMA