suria

Najib Akan Jumpa Pemimpin MCA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berjumpa dengan semua pemimpin kumpulan yang bertelagah dalam MCA untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis dalam parti itu.

Najib berkata beliau melihat krisis MCA sekarang telah menjadi lebih serius dan buruk lagi.

Kegagalan kepimpinan MCA untuk mencapai penyelesaian setakat ini boleh menyebabkan parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) itu tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat Cina dan kaumkaum lain pada keseluruhannya, tambah beliau.

"Saya akan cari dan luangkan masa untuk berbincang dengan mereka dan lihat jika dapat mencari titik persamaan, kita akan mulakan dari situ," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Jawatankuasa Paralimpik 2009 di sini hari ini.

Menjawab soalan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata kemungkinan beliau akan bertemu dengan pemimpin kumpulankumpulan berkenaan secara berasingan dan akan cuba berjumpa dengan mereka sebelum 28 November.

Kumpulan yang menyokong Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bakal mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada tarikh itu untuk membincangkan supaya pemilihan semula parti diadakan.

Najib berkata banyak pihak yang merasa kecewa dengan apa yang sedang berlaku dalam MCA sekarang.

"Sebenarnya kalau kita nak cari satu formula perpaduan, maka tindakan kita juga mesti mencerminkan hasrat tersebut. Nampaknya setakat ini, apa yang berlaku dalam MCA tidak memberi keyakinan lagi kepada mereka yang di luar MCA termasuk rakanrakan komponen," katanya.

Perdana Menteri juga berkata krisis MCA sekarang boleh memberi kesan kepada BN terutama dalam usaha memulihkan imej BN di mata rakyat.

"Ya, ini akan menjejaskan usaha kita untuk memulihkan kedudukan BN di mata rakyat. Rakyat kini melihat Umno sebagai amat stabil dan telah melalui proses transformasi dan memaparkan imej baru kepada rakyat.

"Dan kita berharap partiparti lain akan dapat bersatu dan mencerminkan hasrat untuk memaparkan imej baru bagi BN," katanya.

Semalam, dalam tindakan yang terbaru, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menggantikan sembilan ahli majlis presiden dengan mengugurkan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyokong Liow. BERNAMA

Artikel Lain