suria

Kementerian Luar Pantau Laporan Media Asing

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sentiasa memantau laporan media asing dan mengambil tindakan segera memperbetulkan sebarang tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas untuk menjelaskan pendirian serta kedudukan sebenar isuisu yang dibangkitkan demi menjaga nama baik negara.

Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay berkata perwakilanperwakilan Malaysia sememangnya mempraktikkan amalan hubungan positif dengan media tempatan dan media asing untuk mempromosi agenda nasional serta menangkis sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin negara secara berterusan.

"Usaha ini diperluaskan melalui program seranta, penerangan dan diplomasi awam yang sedia ada yang juga sedang dilaksanakan oleh semua perwakilan Malaysia di luar negeri," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis).

Mohamad Shahrum meminta Menteri Luar menyatakan langkah proaktif yang boleh dimainkan oleh kedutaan Malaysia di seluruh dunia bagi memperjelaskan pendirian negara berhubung isu semasa, ekonomi, sosial dan budaya, keselamatan serta politik antarabangsa.

Kohilan berkata dari semasa ke semasa, Kementerian Luar ada menerima maklumat mengenai laporan negatif yang boleh mencemar nama baik negara daripada perwakilan Malaysia di luar negara.

Beliau berkata ketuaketua perwakilan diminta membuat pembetulan fakta mengenai Malaysia secara terus melalui artikel atau surat kepada pengarang yang berbentuk penangkisan atau wawancara melalui program televisyen atau radio yang bersesuaian.

"Jika perlu, nota bantahan melalui saluran diplomatik juga dihantar untuk menegur pihak media yang disyaki berniat buruk menjatuhkan imej negara kita," katanya. BERNAMA

Artikel Lain