suria

Chew Mei Fun Dilantik Anggota Jemputan Majlis Presiden

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang digugurkan daripada Majlis Presiden hari ini akan dilantik sebagai anggota jemputan majlis berkenaan kerana beliau mengendalikan perkara-perkara berkaitan wanita, kata Ketua Penerangan dan Komunikasi parti Senator Heng Seai Kie.

Heng, yang juga setiausaha agung Wanita MCA berkata dengan pelantikan Chew itu, wakil wanita dalam majlis berkenaan kini bertambah kepada tiga yang sebelum ini adalah dua orang.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat semalam mengumumkan pelantikan sembilan orang daripada kalangan 10 anggota jawatankuasa pusat parti ke Majlis Presiden termasuk Heng dan Tan Cheng Liang daripada sayap Wanita.

Yang lain ialah Datuk Lee Chee Leong, Datuk Ti Lian Ker, Datuk Loke Yuen Yow, Datuk Seri Tan Chai Ho, Gan Peng Sieu, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Wong Hock Aun.

Sebelum ini Heng dan Lee telah dilantik ke Majlis Presiden sebagai anggota jemputan.

"Oleh kerana Chew Mei Fun akan dilantik sebagai anggota jemputan majlis, ini bermakna wakil kita (wanita MCA) akan ditambah dalam Majlis Presiden," katanya kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.

Artikel Lain