suria

Presiden MCA Rombak Majlis Presiden

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hari ini membuat rombakan ke atas keanggotaan Majlis Presiden dengan melantik beberapa muka baru.

Enam muka baru itu ialah, Datuk Seri Tan Chai Ho; Tan Cheng Liang; Datuk Lee Chee Leong; Datuk Ti Lian Ker; Datuk Dr Mah Hang Soon dan Heng Seai Kie.

Tiga pemimpin - Datuk Loke Yuen Yow, Gan Ping Sieu dan Wong Hock Aun - dilantik semula ke dalam Majlis Presiden.

Sementara orang lama yang tidak dilantik semula ialah Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Chor Chee Heung.

Artikel Berikut

Artikel Lain