suria

Naib Presiden MCA Seru Perwakilan Hadiri EGM Kedua 28 Nov ini

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyeru semua perwakilan pusat parti itu supaya menghadiri Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) yang kedua yang dijadualkan pada 28 November ini sebagai langkah terakhir untuk membuat keputusan untuk mengubah halatuju parti itu ke arah yang lebih baik.

Beliau membuat seruan tersebut setelah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat membuat keputusan mengejut dengan merombak keahlian Majlis Presiden dengan tidak melantik semula Ketua Pemuda dan Wanita parti itu sebagai anggota majlis.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pusat MCA yang bersidang hari ini mengundi untuk tidak mengiktiraf EGM kedua itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Liow berkata, parti itu kini berada di persimpangan jalan sekarang dan ahli-ahli perlu bertindak sekarang untuk melindungi demokrasi.

Artikel Berikut

Artikel Lain