suria

KARPAL SINGH TAWAR DIRI DAKWA LINGAM

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini hari ini.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri bersedia menerima sukarelawan yang mampu mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

Artikel Berikut

Artikel Lain