suria

Wanita Peragut Ditahan Polis

ALOR SETAR: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah nasib seorang wanita yang dipercayai sering melakukan ragut di pasar sehari di Kota Sarang Semut dekat sini.

Kegiatan wanita berusia 45 tahun itu terbongkar apabila dia ditangkap peniaga pasar itu pagi Selasa ketika cuba meragut rantai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, wanita terbabit ditangkap oleh seorang peniaga itu setelah mereka ternampak tindakan pantasnya meragut rantai Nur Afza Adlina Ibrahim ketika kanak-kanak itu sedang berjalan bersama ibunya Hamidah Ishak.

"Ketika kejadian, saya memimpin tangan anak dan tidak menyedari rantai leher anak saya diragut sehinggalah diberitahu oleh seorang peniaga. Ketika itu wanita terbabit telah ditangkap," katanya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar DSP Fiesal Libertus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. BERNAMA

Artikel Lain