MCA Cadang Pinda Perlembagaan, Bolehkan Ramai Ahli Parti Pilih Pucuk Pimpinan - Semasa | mStar

MCA Cadang Pinda Perlembagaan, Bolehkan Ramai Ahli Parti Pilih Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR: MCA akan mengikut jejak langkah Umno untuk meminda pindaan perlembagaan bagi membolehkan lebih ramai ahli di peringkat akar umbi memilih kepimpinan tertinggi parti itu.

Perkara tersebut dipersetujui dalam satu dialog khas kepimpinan tertinggi MCA bersama 620 pemimpin bahagian parti itu di Wisma MCA di sini pada Ahad.

Sebanyak 155 daripada 191 MCA bahagian menghantar lima orang wakil untuk menghadiri sesi dialog berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ahli parti peringkat akar umbi mahu satu mekanisma baru diwujudkan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

"Mekanisma ini perlu diwujudkan bagi memastikan penglibatan lebih ramai ahli peringkat akar umbi diberi peluang untuk menentukan pucuk pimpinan di peringkat pusat.

"Kemungkinan besar kita akan mengambil kaedah yang digunakan oleh Umno. Tapi keputusan muktamad belum diputuskan lagi kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan MCA," katanya selepas mempengerusikan sesi dialog bersama Ahli Jawatankuasa pusat (CC) dengan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian MCA yang berlangsung selama 4 jam itu.

Bagaimanapun Chua berkata, perkara tersebut akan dibincang secara panjang lebar dalam mesyuarat ahli jawatankuasa pusat (CC) pada 18 November ini.

Ditanya sama ada pindaan perlembagaan yang akan dilakukan itu melibatkan seluruh ahli parti atau sebahagian pimpinan di peringkat bahagian, Chua berkata: "Kita masih belum menghalusi segala kesan untuk melaksanakan mekanisma yang baru itu.

"Tetapi kalau perlu kita hanya akan membuat pindaan perlembagaan dari segi perwakilan cawangan kepada perwakilan bahagian. Namun, semuanya perlu dibawa dalam mesyuarat CC terlebih dahulu," katanya.

Jelas Chua, perpaduan parti itu sangat penting bagi memastikan kestabilan politik MCA demi menjamin kelangsungan parti Barisan Nasional.

"Kita berbangga kerana 'Pelan Perpaduan Unggul' yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak dengan kepimpinan tertinggi MCA mendapat sokongan sebulat suara daripada pemimpin bahagian yang hadir dalam taklimat hari ini," katanya.

Oleh yang demikian, Chua berkata tempoh masa selama enam bulan perlu diberikan untuk melihat keberkesanan 'Pelan Perpaduan Unggul' itu.

"Ia (Pelan Perpaduan Unggul) seharusnya diberikan tempoh masa yang sesuai untuk menstabilkan keadaan dalam MCA.

"Mungkin selepas enam bulan kita boleh menimbang untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat berasaskan kepada kaedah yang baru itu," katanya.

Empat agenda lain yang turut dibincangkan dalam sesi dialog khas hari ini ialah perbincangan tentang bagaimana dana parti patut digunakan bagi membiayai kegiatan di peringkat bahagian.

Kedua, para pemimpin peringkat akar umbi turut diberi penjelasan daripada segi undang-undang berkaitan permohonan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua.

EGM kedua itu, yang dijadualkan pada 28 November, merupakan percubaan untuk mengadakan pemilihan baru parti.

Agenda ketiga dan paling penting ialah 'Pelan Perpaduan Unggul' yang bertujuan untuk memastikan ketiga-tiga kumpulan sedia ada - Datuk Seri Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiong Lai - boleh bekerjasama.

Isu yang terakhir ialah mengenai persiapan MCA dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Artikel Sebelum

Manohara Tidak Pernah Didera, Kata Saksi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain