suria

Kajian Kajian Perbelanjaan Wakil Rakyat Dibentang 24 November in

PUTRAJAYA: Kertas kajian berhubung peraturan sistem prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan Ahli Parlimen dan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada sebuah panel khas pada 24 November ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad berkata kertas kajian itu akan dibentangkan kepada Panel Perundingan dan Pencegahan SPRM yang dijadual bermesyuarat pada tarikh berkenaan.

"Setelah ia dibentangkan, maka atas cadangan dan penambahbaikan oleh mereka, jika ada, barulah kita akan mengemukakan cadangan itu kepada pihakpihak berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kertas kajian itu dihasilkan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menangani kemungkinan penyelewengan wang peruntukan oleh Anggota Parlimen dan ADUN.

Pasukan khas itu dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

Abu Kassim enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji. BERNAMA

Artikel Lain