suria

Empat Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM300,000

IPOH: Empat lelaki tiga daripadanya bertopeng dan bersenjatakan tukul besi serta kapak melarikan barang kemas bernilai hampir RM300,000 dalam satu rompakan di kedai emas di Ipoh Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kejadian berlaku pada kirakira pukul 10.30 pagi apabila tiga lelaki tibatiba menyerbu masuk ke kedai berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki masingmasing bersenjatakan kapak dan tukul besi itu kemudiannya memecahkan almari dan melarikan beberapa barang kemas, sebelum terus meluru masuk dalam sebuah kereta di mana seorang lagi rakan mereka sedang menunggu.

"Semasa kejadian kedai emas itu tidak ada pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata kereta Proton Waja yang digunakan oleh empat perompak itu untuk melarikan diri dipercayai menggunakan nombor plet pendaftaran yang palsu. BERNAMA

Artikel Lain