suria

Anwar Cabar Kerajaan Buktikan Beliau Ada Berbillion Ringgit

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.

Beliau berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan.

"Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.

Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu.

Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, Anwar yang merupakan bekas menteri kewangan, mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA

Artikel Lain