suria

Rumah Rosak Akibat Pesawat F-15 Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah berhampiran Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, mengalami kerosakan Rabu lepas akibat penerbangan rendah sebuah pesawat pejuang F-15 Eagle milik Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pesawat itu merupakan sebuah daripada lapan pesawat tempur Tentera Udara Amerika Syarikat yang terlibat dalam latihan Cope Taufan 2009 bersama-sama TUDM dari 9 hingga 20 November.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mej Kamarulzaman Ali berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika pesawat sedang melakukan pergerakan penerbangan taktikal sebaik sahaja berlepas dari pangkalan itu.

Pesawat F-15 itu berasal dari pangkalan udara Amerika Syarikat di Kadena, di Okinawa, Jepun.

Mej Kamarulzaman berkata TUDM dan Tentera Udara Amerika Syarikat sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian melibatkan arahan-arahan keselamatan yang diguna pakai di samping keperluan untuk penambahbaikan jika perlu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain