suria

KDN Tidak Tarik Permit Herald - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak menarik permit penerbitan akhbar The Herald Catholic Weekly seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana akhbar itu masih dibenarkan penerbitannya dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

"Isu yang ada hanyalah sama ada mereka dibenarkan untuk mencetak The Herald dalam bahasa Kadazan Dusun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian di sini semalam.

Hishammuddin berkata pengarang akhbar itu juga telah menghantar surat kepada KDN memaklumkan bahawa mereka menangguhkan untuk menerbitkan akhbar itu dalam bahasa Kadazan Dusun.

Beliau berkata pegawai KDN menemui pihak The Herald hari ini untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.

"Dalam apa jua isu sensitif, saya menasihatkan para pegawai saya... daripada menjawab secara terbuka dan (menerusi) media, adalah lebih baik bersemuka dengan mereka," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain