suria

Imigresen Tawau Tahan 126 Pendatang Tanpa Izin Dalam Ops Pelantar

TAWAU: Jabatan Imigresen di sini berjaya memberkas 126 pendatang asing tanpa izin dalam operasi dua jam "Ops Pelantar" di beberapa lokasi di sekitar bandar Tawau Jumaat.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Tawau Surend Jayshree Praser berkata 70 orang daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita dan pendatang asing terbabit berumur antara dua dan 50 tahun.

Katanya dalam operasi yang bermula jam 3 petang itu, 92 orang ditahan di perkarangan Pos Kawalan Imigresen Laut dan Pelabuhan Tawau manakala 34 orang lagi ditangkap di kawasan terminal feri penumpang.

Surend berkata kesemua pendatang berkenaan adalah warganegara Indonesia dan ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk masuk dan keluar dari negara ini melalui Tawau.

Semasa ditahan, pendatang asing terbabit cuma memiliki surat cuti dari majikan, surat pendaftaran pekerja asing Fasa 1 dan 2, tidak memiliki pasport antarabangsa atau pasport lintas batas, katanya.

Mereka gagal mematuhi Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) & Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain