suria

Ibu Tunggal Kerugian RM100,000 Akibat Dirompak

KULIM: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang ibu tunggal apabila kerugian kira-kira RM100,000 dalam tempoh dua bulan.

Pada September, rumah Che Asma Lebai Salleh, 51, dimasuki pencuri menyebabkan beliau kehilangan barangan kemas pusaka keluarga bernilai lebih RM30,000. Dan semalam beliau hilang tempat berteduh apabila rumahnya di Taman Selasih di sini, hangus dijilat api.

"Kini kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Che Asma yang merupakan seorang jururawat berkata kebakaran pada pukul 12.30 tengah hari itu turut melibatkan dua rumah jirannya dan ketika kejadian hanya anak lelakinya Mohd Hafiz Adullah, 14, berada di rumah.

Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud yang melawat mangsa hari ini, memberi jaminan akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain