Mekanisme Baru Sistem Subsidi Minyak Dimulakan Mei Depan - Semasa | mStar

Mekanisme Baru Sistem Subsidi Minyak Dimulakan Mei Depan

KUALA LUMPUR: Mekanisme baru sistem pengurusan subsidi minyak untuk rakyat akan dimulakan Mei tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata pengumuman mengenai mekanisme itu akan dibuat selepas kajian terperinci mengenai cara pemberian subsidi dan golongan sasar dikenal pasti.

"Buat masa ini, saya tak dapat beritahu mekanisme pada keseluruhannya dengan terperinci sebab kerajaan masih dalam proses mengadakan rangkanya. Hanya pada Mei tahun depan kita akan mula mekanisme baru subsidi yang mana kumpulan sasar rakyat akan terima manfaatnya," katanya menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BNRembau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai sistem pengurusan subsidi minyak yang akan dilaksana tahun depan bagi memastikan hanya golongan sasar mendapat manfaatnya.

Mengenai jumlah subsidi petrol dan diesel yang ditanggung kerajaan sehingga September lepas, Chor berkata jumlahnya ialah RM3.54 bilion.

"Selain itu dianggarkan jumlah tanggungan subsidi bagi tahun 2010 ialah RM10 bilion sekiranya mekanisme sedia ada dikekalkan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain