suria

Banjir Di Perak Beransur Pulih Hanya 64 Mangsa Di Pusat Pemindahan

IPOH: Keadaan banjir di Perak beransur pulih dengan hanya 64 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Lembah Keluang, Selama, 125 km dari sini, yang masih berada di pusat pemindahan sehingga 6 petang tadi.

Jurucakap Polis Bilik Gerakan Balai Polis Selama berkata seramai 35 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masingmasing hari ini.

Mangsa yang dibenarkan pulang membabitkan penduduk Kampung Tebing Tinggi, Kampung Bertam dan Kampung Chin Ahlau selepas air di kampung tersebut mulai surut tengah hari tadi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Seramai 191 mangsa banjir dari daerah Selama telah dipindahkan sejak pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi berikutan kampung mereka dinaiki air lebih satu meter.

Kelmarin, lebih 150 penduduk beberapa buah kampung di Lenggong, Hulu Perak turut dipindahkan selama sehari selepas beberapa kawasan rendah dinaiki air sehingga satu meter.

Sementara itu, Jalan SelamaBagan Serai yang ditutup sejak semalam selepas dinaiki air lebih satu meter masih ditutup kepada semua lalu lintas petang ini. BERNAMA

Artikel Lain